Melalui analisis yang telah dibuat terhadap puisi-puisi A. Samad Said dengan menggunakan AntConc, daripada 31 puisi A. Samad Said terdapat 12 puisi yang dapat dikesan menggunakan kata larangan. Puisi-puisi tersebut adalah Angin Ogos, Membakar Bahtera, Pelamin Kuasa, Petang Ungu, Aidilfitri Mesra, Elergi Sungai, Kata dan Usaha, Langkah Lestari, Pantun Pilihan Raya, Ramadhan Wangi, Sampai Pagi dan Seuntai Kata Untuk Dirasa.
Daripada 10 puisi tersebut, perkataan ‘jangan’ digunakan sebanyak lapan kali dalam puisi A. Samad Said iaitu Angin Ogos (1), Membakar Bahtera (4), Pelamin Kuasa (2) dan Petang Ungu (1).
Perkataan ‘usah’ lebih kerap digunakan oleh A. Samad Said iaitu sebanyak 16 kali. Puisi-puisi tersebut adalah Elergi Sungai (1), Kata dan Usaha (1), Langkah Lestari (1), Membakar Bahtera (3), Nada di Tanduk (1), Pantun Pilihan Raya (1), Pelamin Kuasa (1), Perampok Tanah Air (2), Sampai Pagi (2), Seuntai Kata Untuk Dirasa (2) dan Tetamu Senja (1). Apa yang dimaksudkan ‘()’ adalah kekerapan perkataan kata larangan yang digunakan dalam puisi-puisi A. Samad Said. Oleh itu, jumlah penggunaan kata larangan adalah 22 kali kekerapannya.
Tajuk kajian yang menarik:))
terima kasih π
Ya.. Satu tajuk kajian yang menarik. Sangat sesuai untuk dijadikan tajuk latihan ilmiah pada tahun akhir nanti.
Kajian yang boleh memberi manfaat kepada pengkaji- pengkaji lain dan boleh di luaskan lagi pada masa akan datang. InsyALLAH.. π
Satu kajian yang boleh memberi manfaat untuk rujukan dan boleh di luaskan lagi pada masa akan datang. InsyALLAH.. π
InsyaAllah.. π
HEBAT!!! TAHNIAH KAMAL
terima kasih sangat. mak ayah sihat kew?
Kajian yang menarik..kalau dapat dikaji dengan lebih mendalam lagi baik..hihi
insyAllah..akan diusahakan…terima kasih atas komen membina tuan…
Syabas! Sebanyak 12 puisi telah dikaji. Ini menunjukkan anda mencuba. Malangnya dua kata larangan yang digunakan. Dengan itu, mengurangkan tahap signifikannya. Mungkin boleh ditambah dengan menyatakan sebab penyajak ini kerap menggunakan kata larangan dalam puisinya. Sebagai unsur menegah pembaca daripada melakukan perkara yang mungkar?